NEGERI SEMBILAN TINGKAT PENGUATKUASAAN PEMBUANGAN SAMPAH HARAM DI LALUAN PAIP GAS

Kerajaan negeri akan meningkatkan penguatkuasaan ke atas lokasi pembuangan sampah haram terutamanya di kawasan berhampiran laluan saluran paip gas bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, J Arul Kumar, ini susulan kebakaran di lokasi pembuangan sampah haram di Bukit Sendayan di sini yang merupakan kawasan berisiko tinggi.

SWCorp Negeri Sembilan telah diminta membersihkan kawasan berkenaan dengan segera dan mereka yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti pembuangan dan pembakaran sampah haram ini diminta melaporkan kepada pihak berkuasa.

Kerjasama semua pihak dalam perkara ini sangat penting terutamanya kepada syarikat gas atau pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi membolehkan tindakan segera diambil. Laluan paip gas ini memang sudah ada berpuluh tahun lepas dan di negeri ini, ia banyak membabitkan taman perumahan dan industri di kawasan pentadbiran Seremban dan Port Dickson.

Setiap PBT diminta membuat rondaan lebih kerap di kawasan perumahan dan industri terlibat bagi membolehkan lokasi saluran gas yang diceroboh dapat dikesan lebih cepat untuk mengelakkan perkara tidak diingini. Pihaknya juga sudah meminta syarikat gas untuk memasang pagar di kawasan laluan paip gas.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

RM17 JUTA UNTUK PROJEK RUMINAN SABAH 2026

RASMI: Jamawi (tengah) menyempurnakan perasmian kandang lembu itu. KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah memperuntukkan kira-kira RM17 juta bagi pelaksanaan Projek Ruminan …

291 PROJEK PEMBANGUNAN SIAP DI SABAH TAHUN INI HAJIJI

MESYUARAT: Hajiji (kanan) dan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun (kiri) sebelum mesyuarat MTPNg di Menara Kinabalu, hari …

10 DITAHAN, KOMPAUN DAN RAMPASAN CECAH RM269,439 DI KUNAK

OPERASI: Pasukan keselamatan menjalankan pemeriksaan di kawasan setinggan dalam Operasi Gasak Laut dan Operasi Bersepadu di Kunak. KUNAK: Seramai 10 …