DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang, telah membuat penguatkuasaan berfokus keatas kesalahan utama iaitu gagal patuhi lampu isyarat merah, penggunaan telefon bimbit semasa memandu, tidak pakai topi/ talipinggang keledar dan memotong barisan/ potong Q. Penguatkuasaan berfokus ini dilakukan sempena Ops khas HRA 2025.
Sebanyak 57 notis saman telah dikeluarkan kepada pengguna jalan raya yang telah melakukan kesalahan ini sepanjang Ops Khas HRA 2025 yang dilaksanakan semalam. Pengguna jalan raya adalah dinasihatkan supaya patuh kepada peraturan dan undang-undang ketika pemanduan bagi memastikan keselamatan anda selamat di jalan raya. Keselamatan di jalanraya tanggungjawab kita bersama.
Sumber : JPJ Negeriย Pulau Pinangย https://www.facebook.com/JPJPulauPinang



