Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, mengarahkan kawalan sempadan negeri diperketat bagi memastikan tiada lori membawa muatan sisa babi masuk ke negeri itu untuk tujuan pelupusan.
Beliau menerima maklumat bahawa bangkai babi yang dibawa itu mengandungi virus, dan kerajaan negeri masih menyiasat dari negeri mana sisa tersebut dibawa masuk. Selepas kes (Kampung Baru Site A), pihaknya menerima maklumat bahawa sebuah lori membawa muatan sama telah dikesan di sempadan negeri, dan lori tersebut telah diarahkan berpatah balik.
Ia satu perkara baik, namun ada juga kes yang terlepas, tetapi tindakan segera telah diambil. Beliau meminta kawalan sempadan dipertingkatkan, dan isu ini diberikan perhatian serius oleh pihak berwajib kerana ia telah sampai ke tahap yang membimbangkan penduduk.
Beliau mengingatkan pelaku supaya tidak menjadikan Negeri Sembilan sebagai tapak pembuangan sisa. Pada masa yang sama, beliau turut memaklumkan akan meminta tindakan lebih tegas diambil bagi menangani isu tersebut.
.
Sumber: Sinar Harian