DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pulau Pinang melalui Unit Keselamatan Jalan Raya dan Korporat (UKJRK) telah menggiatkan kempen pulang selamat ke kampung halaman pada Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba kepada pengguna jalan raya.
Santun Aidilfitri ini diadakan bagi memperkasakan lagi kempen keselamatan dan pematuhan undang- undang terhadap penunggang motosikal dan pemandu kereta khususnya semasa perjalanan pergi dan balik dari kerja serta semasa pulang ke kampung berhari raya.
Kempen yang dijalankan pada kali ini memberi fokus kepada pemandu berkenaan bahaya microsleep ketika pemanduan. Pemandu perlu berehat sebentar bagi memastikan pemanduan pulang ke kampung selamat.
Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinangย https://www.facebook.com/JPJPulauPinang