Polis Negeri Sembilan menjangkakan 810,000 kenderaan akan memasuki negeri ini sepanjang cuti perayaan Aidilfitri ini. Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, jumlah itu meningkat sebanyak 360,000 dengan peratusan 76 peratus berbanding jumlah kenderaan pada hari biasa iaitu 460,000.
Dijangkakan pergerakan kenderaan yang memasuki Negeri Sembilan akan bertambah, terutama pada waktu puncak ketika masyarakat pulang ke kampung atau menuju ke destinasi tertentu. Polis Negeri Sembilan telah melakukan persiapan rapi bagi menjaga keselamatan dan membantu melancarkan aliran trafik.
Terdapat 19 lokasi panas, iaitu laluan yang dijangka akan mengalami kesesakan lalu lintas, dan tiga lokasi hitam yang kerap berlaku kemalangan. 19 lokasi ‘hotspot’ tersebut di daerah Seremban ialah bulatan Bukit Chedang, lampu isyarat Dusun Nyiur, lampu isyarat Dato’ Siamang Gagap, Jalan Rasah, lampu isyarat Seremban Gateway, Jalan Sungai Ujong, dan Jalan Dato’ Bandar Tunggal.
Bagi daerah Port Dickson pula, kilometer (KM) 5-7 Jalan Pantai (pasar malam Batu 4), KM 10-12 Jalan Pantai (Dataran Kemang), dan KM 8-11 Jalan Seremban – Port Dickson (Pekan Lukut). Di daerah Tampin, iaitu persimpangan Gemencheh – Batang Rokan, KM 2 Jalan Tampin – Gemas, dan di daerah Kuala Pilah pula ialah Jalan Ulu Bendul – Terachi – Pekan Kuala Pilah.
Selain itu, bagi daerah Tampin, iaitu persimpangan Gemencheh – Batang Rokan, KM 2 Jalan, dan bagi daerah Kuala Pilah pula iaitu Jalan Ulu Bendul – Terachi – Pekan Kuala Pilah serta daerah Jempol, KM 0.5-1 Jalan Bahau – Rompin (lampu isyarat pasar borong hingga lampu isyarat simpang 3 jalan Bahau/Mahsan). Bagi daerah Jelebu pula, di lampu isyarat Pekan Kuala Klawang (hadapan balai trafik), daerah Rembau di Jalan Seremban – Tampin, Plaza Tol Pedas/Linggi – Bulatan ILP Pedas, dan bagi daerah Nilai, iaitu di Jalan Persiaran Pusat Bandar (Dataran Nilai), Jalan Batang Benar, Pekan Nilai.
Bagi lokasi hitam pula, iaitu KM 11 Jalan Seremban di daerah Port Dickson, KM 19-22 Jalan Seremban – Simpang Pertang di daerah Jelebu, dan KM 5 Jalan Bahau – Kemayan di daerah Jempol. Semua petugas telah diarahkan untuk mempertingkatkan dan memperketatkan penguatkuasaan serta rondaan di lokasi panas dan hitam ini.
Pada musim perayaan ini, daripada 4,900 anggota, hanya 10 peratus sahaja yang dibenarkan bercuti, manakala cuti kesemua anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik dibekukan.