AIDILFITRI: 1.6 JUTA KENDERAAN DIJANGKA GUNA LEBUH RAYA DI SELURUH SELANGOR

KAJANG, 25 Mac – Kira-kira 1.6 juta kenderaan dijangka keluar serta masuk ke Selangor sepanjang musim perayaan Aidilfitri ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, bagi memastikan kelancaran lalu lintas, seramai 71 pegawai dan 646 anggota akan bertugas sepanjang Op Lancar yang berlangsung dari 23 Mac hingga 6 April serta Op Selamat dari 29 Mac hingga 3 April.

“Kita (polis) turut mengerahkan 49 kereta peronda dan 87 unit motosikal bagi mempertingkatkan pemantauan lalu lintas sepanjang tempoh ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Kempen Keselamatan Jalan Raya Kontinjen Selangor Sempena Hari Raya Aidilfitri di Plaza Tol Kajang Selatan, LebuhRaya Rajang-Seremban (Lekas), di sini hari ini.

Menurut Hussein, pihaknya turut mengenal pasti tujuh lokasi bagi pemasangan perangkap had laju selain 18 lokasi tumpuan bagi Op Lancar, termasuk Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, Plaza Tol Gombak, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, Jalan Klang-Teluk Intan, Jalan Kuala Selangor dan Plaza Tol Sungai Besi.

“Bagi Op Selamat pula, rondaan kerap akan dilakukan di seluruh negeri dengan memberi tumpuan kepada 51 kawasan sesak dan 36 lokasi kemalangan yang dikenali sebagai ‘black spot’,” ujarnya.

Beliau menjelaskan bahawa kawasan sesak merujuk kepada lokasi yang sering mengalami kesesakan lalu lintas manakala ‘black spot’ adalah kawasan yang kerap berlaku kemalangan.

Orang ramai yang ingin membuat laporan kemalangan atau insiden berkaitan trafik boleh menghubungi bilik operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman di talian 03-2266 3356.

 

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut