LEBIH 1,000 PELITA RAYA HIASI R&R PERASING SAMBUT KEPULANGAN PERANTAU

Lebih 1,000 pelita raya menerangi Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Perasing dari malam bermula 22 Mac hingga malam raya sebagai sambutan kepulangan perantau ke Terengganu.

Menurut Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri, Datuk Razali Idris, Program Peliter@Perasing dianjurkan khas untuk anak Terengganu yang tidak berkesempatan menikmati kemeriahan Peliter Raya 2025 sebelum ini.

Perasing dipilih kerana lokasinya luas dan strategik, selain menjadi pintu masuk utama ke negeri Terengganu dari arah Pahang dan perantau yang pulang bercuti digalakkan singgah di sini untuk berehat sambil menikmati suasana raya

Seterusnya, tahun depan turut dirancang akan turut diadakan di Besut, sempadan Kelantan-Terengganu. Program ini dianjurkan oleh Tourism Terengganu dengan kerjasama UPEN Terengganu, LPT2, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Primula Beach Hotel serta pengusaha R&R Perasing.

Selain itu, Tourism Terengganu akan mengagihkan produk tradisional kepada pengguna lebuh raya di R&R Perasing menjelang penghujung Ramadan dengan harapan R&R Perasing bakal menjadi lokasi persinggahan utama, bukan sekadar tempat rehat, tetapi juga pusat memperkenalkan budaya dan makanan tradisional Terengganu.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut