PRA-OPERASI AIDILFITRI, 500 BAS DIPERIKSA – LOKE

Lebih 500 bas ekspres diperiksa dalam Pra-Operasi Khas Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2025 yang diadakan bermula 17 Mac hingga 23 Mac 2025. Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, pemeriksaan dilaksanakan terhadap kenderaan perkhidmatan awam itu membabitkan aspek teknikal di terminal dan depoh bas di seluruh negara.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil langkah proaktif melaksanakan operasi itu sebelum Operasi HRA 2025 yang akan bermula 24 Mac hingga 8 April ini. Pra-Operasi HRA ini dilakukan dengan memeriksa kenderaan perkhidmatan awam (bas) iaitu melibatkan aspek teknikal di terminal dan depoh bas di seluruh negara antaranya pemeriksaan enjin, tayar dan sistem brek.

Menerusi operasi ini, JPJ telah mengesan 11 bas didapati tidak roadworthy (tidak selamat di jalan raya) dan notis larangan penggunaan bas dikeluarkan serta-merta. JPJ juga mengeluarkan slip pemeriksaan bagi kenderaan yang mematuhi standard dan piawaian di samping aktiviti penyelenggaraan telah dilaksanakan dengan baik.

Sepanjang musim perayaanini juga, sebanyak 2,500 anggota JPJ akan bertugas terutamanya untuk ditempatkan di kawasan hotspot kemalangan. Kereta peronda JPJ akan berada di lebuh raya di banyak hotspot, jadi pemandu akan lebih berhati-hati dan (persepsi akan ditangkap) kaedah ini memang berkesan, dengan anggota penguat kuasa perlu berada di lapangan.

Antara kesalahan utama ialah menggunakan telefon bimbit, tidak menggunakan tali pinggang keledar, memotong barisan berkembar, menggunakan lorong kecemasan, melanggar lampu isyarat, memandu melebihi had laju, memotong barisan memandu kenderaan berat di lorong laju dan kenderaan melebihi muatan.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut