11 BAS ‘TAK SELAMAT’ DI JALAN RAYA, JPJ KELUAR NOTIS LARANGAN OPERASI SERTA-MERTA

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan notis larangan operasi serta-merta ke atas 11 bas yang didapati tidak selamat untuk berada di ayas jalan raya. Larangan dikeluarkan hasil Pra-Operasi Khas Sempena Aidilfitri dengan 500 bas diperiksa sejak 17 Mac lalu.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, operasi itu membabitkan pemeriksaan ke atas kenderaan perkhidmatan awam khususnya bas yang membabitkan aspek teknikal di terminal dan depoh bas seluruh negara.

Hasil operasi, lebih 500 bas diperiksa di depoh terbabit terlibat dan slip pemeriksaan dikeluarkan bagi kenderaan yang mematuhi standard di samping aktiviti penyelenggaraan dilaksanakan dengan baik.

JPJ juga mengesan 11 bas yang didapati tidak ‘roadworthy’ (selamat untuk berada di atas jalan raya) dan notis larangan penggunaan bas dikeluarkan serta-merta. JPJ tidak berkompromi dengan mana-mana kenderaan perkhidmatan awam yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan kaedah-kaedah di bawahnya. 2,500 anggota penguat kuasa JPJ akan bertugas sepanjang Aidilfitri bermula 24 Mac hingga 8 April ini, dengan anggota akan berada di lapangan 24 jam.

Sumber:Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …