⚠️ JIHAD DADAH 2025 – 13 TANGKAPAN DALAM OP BERSEPADU SEMPADAN OLEH BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK DAERAH PASIR MAS

Pada 15 Mac 2025 (Sabtu), Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) bersama JSJN Kelantan telah melaksanakan Op Bersepadu Sempadan di kawasan sekitar sempadan Malaysia – Thailand.

Dalam operasi ini, seramai 13 orang lelaki ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 atas pelbagai kesalahan.

Operasi ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah.

Kerjasama daripada masyarakat untuk menyalurkan maklumat kepada pihak polis sangat dihargai.

 

Sumber: PDRM Pasir Mas

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …