DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Pasukan Task Force IPD Barat Daya berjaya menahan dua lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam penyeludupan bahan api petrol tanpa permit sah di sebuah stesen minyak di Jalan Paya Terubung, Relau, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Hasil pemeriksaan, kedua-dua suspek didapati sedang mengisi petrol RON95 dalam kuantiti besar ke dalam tangki simpanan di dua buah lori dengan jumlah keseluruhan dianggarkan sebanyak 3,900 liter.
Pihak polis turut merampas 2 buah lori digunakan untuk penyeludupan, 12 tong tangki simpanan petrol, 4 resit pembelian bahan api dan 2 buah telefon bimbit. Kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Sumber : ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya https://www.facebook.com/profile.php?id=100064454751484