JIM SABAH TAHAN 21 WARGA ASING, TERMASUK 13 WANITA DI 2 PUSAT HIBURAN

KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menahan 13 wanita warga asing disyaki menjadi peneman berhibur dalam serbuan di dua pusat hiburan di daerah ini dan Penampang, semalam.

Operasi yang bermula kira-kira jam 12 tengah malam itu, semua mereka terdiri daripada Warga Vietnam, Filipina dan Indonesia berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun.

Pengarah JIM Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yussof berkata, operasi penguatkuasaan itu membabitkan sepasukan pegawai dan anggota pelbagai pangkat dari Bahagian Penguatkuasaan JIM Sabah.

Pengarah JIM Sabah SH Sitti Saleha memeriksa dokumen individu yang ditahan dalam operasi penguatkuasaan di Penampang.

Katanya, operasi ini dijalankan berdasarkan aduan dan risikan selama tiga minggu dan hasil maklumat yang diperolehi, pasukan operasi bergerak ke du premis pusat hiburan.

“Melalui operasi yang dilakukan di dua lokasi berasingan di daerah ini dan Penampang didapati seramai 21 individu warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen.

“Di lokasi pertama, pemeriksaan ke atas premis berkenaan membawa kepada penahanan tujuh individu warga asing yang terdiri daripada satu lelaki dewasa warga Filipina dan enam wanita dewasa warga Vietnam,” katanya dalam kenyataan media, malam ini.

Wanita warga asing ditahan dalam operasi penguatkuasaan di dua pusat hiburan di Kota Kinabalu dan Penampang.

Di lokasi kedua, beliau berkata seramai 14 individu ditahan yang terdiri daripada dua lelaki dewasa dan lima wanita dewasa warga Filipina serta lima lelaki dewasa dan dua wanita dewasa warga Indonesia.

“Sepanjang operasi itu juga, turut dirampas lesen perniagaan, wang tunai RM3,957, dokumen perjanjian sewaan premis serta dua buku catatan.

“Semua tangkapan dibawa ke Pejabat Bahagian Penguatkuasa Kota Kinabalu untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut kerana dipercayai melanggar Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu salah guna pas yang dikeluarkan.

“Selain itu Seksyen 6(1)(c) tiada dokumen pengenalan diri serta Seksyen 15(1)(c) tinggal lebih masa dibawah Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Pegawai JIM melakukan pemeriksaan ke atas individu dalam operasi penguatkuasaan di salah sebuah pusat hiburan di Kota Kinabalu.

Sementara itu, SH Sitti Saleha berkata, pihaknya menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti pendatang asing tanpa izin (Pati) atau mana-mana premis yang menggaji warga asing secara tidak sah untuk tampil menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa.

Katanya, operasi penguatkuasaan akan dilaksanakan secara berterusan untuk mengesan, menangkap, mendakwa dan memindah warganegara asing yang melanggar peruntukan undang-undang negara seperti mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963; dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

“Setakat ini, seramai 8,134 orang diperiksa dan tangkapan membabitkan seramai 1,271 orang dan pemindahan Pati ke negara asal seramai 2,472 orang.

“JIM Sabah akan terus memainkan peranan dalam menjamin kedaulatan dan keselamatan negara dengan memastikan hanya individu yang mematuhi undang-undang imigresen dibenarkan bekerja dan menetap di Malaysia,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: INFO X

 

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut