17 LOKASI KAMERA AwAS DI LEBUHRAYA UTARA-SELATAN (PLUS)

17 lokasi AwAS ‘temani’ pengguna PLUS sepanjang Aidilfitri

Sebanyak 17 lokasi kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) dikenal pasti di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bagi memantau pemanduan pengguna sepanjang musim perayaan Aidilfitri.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memaklumkan, lokasi tersebut ialah Kilometer (KM) 97.2 Kuala Muda, KM 174 Bandar Baharu, KM 204.6 Taiping, KM 299.9 Kampar, KM 375.9 Slim River, KM 301.6 Kajang, KM 214.4 Alor Gajah, KM 184.2 Jasin, KM 151.4 Pagoh dan KM 1 Johor Bahru ke arah utara.

“Bagi laluan arah selatan, terdapat tujuh lokasi kamera AwAS, iaitu di KM 96.3 Kuala Muda, KM 166 Seberang Perai Selatan, KM 214.4 Alor Gajah, KM 328.8 Behrang, KM 185 Bemban, KM 146.8 Pagoh dan KM 1 Johor Bahru,” kata jabatan itu dalam satu kenyataan pada Jumaat.

AwAS merupakan penjenamaan semula yang menggabungkan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan Sistem Kesalahan Jalan Raya (KEJARA).

Ia juga merupakan sistem yang mengesan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan serta perakam imej kesalahan melalui kamera dalam bentuk gambar atau video.

DOSM turut mengingatkan orang ramai agar mematuhi peraturan jalan raya dan memandu dengan cermat kerana kamera AwAS sentiasa beroperasi untuk memastikan keselamatan pengguna.

Setiap kali sambutan Aidilfitri, lebuh raya akan sesak dengan orang ramai yang berpusu-pusu pulang ke kampung halaman. Dalam keseronokan menyambut perayaan, keselamatan jalan raya perlu diutamakan.

Patuhi peraturan dan pandulah dengan cermat kerana kamera AwAS sentiasa memerhati anda.

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM LOKAKARYA MEMUGAR: MEMPERKASA BELIA GEN-Z 2026

Program Lokakarya Memugar: Memperkasa Belia Gen-Z 2026 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 9 hingga 11 Oktober 2026 bertempat di Pusat …

JIMAT TENAGA ATAU CEKAP TENAGA – SAMA KE?

Ramai mungkin menganggap kedua-duanya sama, tetapi sebenarnya ada perbezaan. Jimat tenaga ialah usaha mengurangkan penggunaan tenaga, contohnya memadamkan lampu atau …

BELANJAWAN MADANI 2027: APLIKASI AI NSRC KESAN SCAM PERKUKUH PERLINDUNGAN RAKYAT DARIPADA ANCAMAN PENIPUAN DIGITAL

Kerajaan MADANI menerusi Belanjawan 2027 memperkenalkan inisiatif pembangunan aplikasi kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh keupayaan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) …