BANTUAN MAIM ‘PENGUAT’ KUDRAT IBU OKU

Paya Rumput – Berbekalkan sebahagian duit sumbangan persediaan Ramadan daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Hazlina Jaafar, 50, nekad menjadikannya sebagai ‘modal’ untuk menjual kuih raya yang sudah menjadi rutinnya sejak tiga dekad lalu

Walaupun dia kini tidak lagi seperti insan normal lain selepas mata kirinya terpaksa dibuang akibat kanser hidung pada 2019, namun ibu kepada lima anak itu tetap kuat untuk meneruskan hidup demi mendapatkan pendapatan sampingan buat keluarga.

Menurutnya sebelum ini dia tidak memerlukan modal daripada wang sumbangan, namun disebabkan sesi persekolahan dan Ramadan serta Aidilfitri begitu hampir, ia menyebabkan wang simpanannya terpaksa didahulukan bagi keperluan anak-anak.

“Untuk modal tahun ini memang saya akui kami berdepan kekangan kewangan tetapi selepas berbincang dengan suami jadi kami sepakat untuk mengasingkan separuh daripada duit sumbangan dijadikan modal manakala selebihnya digunakan membeli barangan dapur.

“Kalau tidak buat begitu tiadalah duit untuk membeli baju raya anak-anak dan persiapan lain. Boleh katakan lebih 30 tahun saya menjual kuih raya, jadi agak terkilan kalau rutin ini saya tidak buat,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini di kediamannya di Taman Paya Rumput Permai.

Hazlina yang juga berkata, meskipun berlaku peningkatan harga bahan-bahan membuat kuih, namun dia masih mengekalkan harga jualan antara RM25 hingga RM30 sebalang.

Dia turut bersyukur kerana masih ramai pelanggan tetapnya membuat tempahan untuk membantunya sekeluarga meneruskan kehidupan.

“Selalunya lebih 10 jenis kuih yang saya buat antaranya kuih semperit, mazola, biskut kelapa, kuih ros, kuih lidah buaya dan paling laris adalah tart nanas.

“Boleh katakan mereka yang tempah kuih daripada saya adalah pelanggan tetap jadi ini antara sebab kenapa saya usahakan juga dapatkan modal untuk jualan kerana tidak mahu menghampakan mereka.

“Selalunya setiap tahun purata jualan kuih raya saya adalah sekitar 300 balang, jadi duit itu boleh saya belanjakan kerana saya dan suami kami tiada pendapatan tetap,” katanya.

Menurut Haslina, setiap hari dia akan menyiapkan tempahan tiga jenis kuih sehari bermula jam 9 pagi selepas menguruskan keperluan suaminya Supian Suri, 50, yang menghidap penyakit buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut