DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Barat Daya berjaya menahan tujuh lelaki tempatan dalam dua serbuan berasingan di Bazar Ramadan Bayan Baru.
Serbuan pertama pada jam 8.00 malam berjaya menahan (6) individu bersama rampasan Ketamin seberat 2.85 gram dalam plastik lutsinar dan rokok berisi dadah. Serbuan kedua berjaya menahan seorang individu dengan rampasan dua biji pil Erimin 5 anggaran berat 0.60 gram. Nilai keseluruhan rampasan dadah dianggarkan sebanyak RM610. Kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 12(2) & 15(1)(a) ADB 1952.
Sumber : Ibu Pejabat Polis Daerah Barat DayaΒ https://www.facebook.com/profile.php?id=100064454751484