AGIHAN 6,000 KUPON E-DOMPET DI PASAR RAMADAN TAMAN SERI DUYONG

Ayer Keroh – Orang ramai berkunjung ke Pasar Ramadan Rahmah Taman Seri Duyong dari 11 hingga 15 Mac ini berpeluang menerima agihan 6,000 kupon e-dompet bernilai RM20.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata pengagihan kupon itu adalah bersempena Majlis Pelancaran Pasar Ramadan 2025 Taman Seri Duyong.

Katanya, majlis tersebut akan dirasmikan oleh Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah Shoo Chin pada jam 5.30 petang, 14 Mac ini.

“Program ini adalah inisiatif bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka serta beberapa Pasar Ramadan Rahmah termasuk di Duyong.

“Diharapkan dengan pengagihan 6,000 kupon e-dompet RM20 itu dapat memberi manfaat kepada masyarakat sekitar,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

 

 

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut