TUJUH DEKAD PERZIM LESTARI WARISAN, PERKUKUH IDENTITI BANGSA

Ayer Keroh – Selama tujuh dekad, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memainkan peranan besar sebagai sebuah institusi yang bukan sekadar menyimpan artifak, sebaliknya menjadi pusat pendidikan, sekali gus memelihara serta memartabatkan warisan sejarah Negeri Melaka.

Amanah itu akan terus digalas setiap warga PERZIM dengan penuh perasaan tanggungjawab dan komitmen yang tinggi bagi memastikan Melaka kekal sebagai destinasi pelancongan warisan unggul.

Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Zaidi Attan berkata penubuhan PERZIM pada 1952 membuktikan komitmen negeri dalam memastikan sejarah dan budaya Melaka terus terpelihara untuk generasi akan datang.

“Sejak pembukaannya secara rasmi pada tahun 1954 oleh G.E.C. Wisdom, PERZIM terus berkembang dengan penambahan muzium dan koleksi artifak pameran yang menarik kehadiran masyarakat tempatan serta pelancong domestik atau antarabangsa.

“Selain itu kerjasama erat dengan Persatuan Sejarah Melaka juga turut memperkukuhkan usaha dalam pemuliharaan bahan sejarah,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Pagi Perzim di Dewan PERZIM, di sini, 28 Februari lalu.

Hadir sama Pengurus Besar PERZIM, Erne Hamsah dan lain-lain jemputan.

Menurut Zaidi, penubuhan PERZIM bermula dengan lawatan Sir Gerald Templer pada tahun 1952 yang menyedari tentang kepentingan pemeliharaan warisan sejarah Melaka.

“Muzium pertama di negeri ini diwujudkan di bangunan bersejarah di Jalan Kota sebelum berkembang menjadi institusi yang berperanan penting dalam penyelidikan dan pendidikan sejarah serta budaya.

“Dalam tempoh tujuh dekad ini, PERZIM turut berdepan cabaran termasuk isu kewangan pada tahun 1960 yang hampir menjejaskan operasinya.

“Namun dengan sokongan Kerajaan Negeri dan pihak berkepentingan, institusi ini berjaya bangkit dan terus memainkan peranan penting dalam memastikan warisan negeri kekal terpelihara,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …