DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Pasukan AMANITA IPD Barat Daya telah mengadakan sesi βEngagement Bersama Golongan Wanitaβ di Sunshine Square, Bayan Baru bertujuan meningkatkan kesedaran keselamatan dan pencegahan jenayah dalam kalangan wanita.
Sepanjang program ini, pasukan AMANITA memberikan penerangan mengenai peranan mereka serta berkongsi maklumat berkaitan jenayah yang sering menyasarkan wanita, termasuk βLove Scamβ, kes ragut dan gangguan seksual.
Turut diedarkan risalah digital dan pautan QR Code bagi membolehkan pengunjung mendapatkan maklumat terkini tentang jenayah serta menyertai kajian keberkesanan program ini. Kad infoline dan nombor WhatsApp Pusat Kawalan Daerah (DCC) IPD Barat Daya turut diberikan untuk memudahkan orang awam menyalurkan maklumat kepada pihak polis.
Sumber : Ibu Pejabat Polis Daerah Barat DayaΒ https://www.facebook.com/profile.php?id=100064454751484