PENDIGITALAN SISTEM AGIHAN ZAKAT MAIK INOVASI ZAKAT TERBAIK DI MALAYSIA

Keberkesanan pendigitalan sistem agihan zakat kepada asnaf oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) telah meningkatkan keyakinan pembayar zakat untuk berinfak.

Ini terbukti apabila Maik menerima Anugerah Zakat Kebangsaan 2024 dalam kategori inovasi zakat terbaik untuk agihan melalui Sistem eAgihan.

Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz, yang juga Yang Dipertua Maik, menyatakan bahawa inovasi dalam sistem pendigitalan telah meningkatkan permohonan bantuan zakat dan mempercepatkan proses kelulusan bantuan.

Maik sentiasa berusaha untuk memastikan wang zakat dapat diagihkan secara maksimum kepada asnaf di Kelantan serta mereka yang memerlukan.

 

Sumber: Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut