97 KOMPAUN DIKELUARKAN KEPADA PENGENDALI MAKANAN BAZAR RAMADAN DI KELANTAN

Sepanjang minggu pertama Ramadan, sebanyak 97 notis kompaun telah dikeluarkan di Kelantan di bawah Seksyen 32B Akta Makanan 1973 kepada pengendali makanan yang melanggar peraturan kebersihan.
Kebanyakan kesalahan melibatkan ketidakpatuhan terhadap pakaian pengendali makanan seperti tidak memakai apron, kasut, dan penutup kepala, serta pakaian yang tidak bersih.
Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin, memaklumkan bahawa 73 bazar Ramadan telah berdaftar dan 1,967 pengendali makanan diperiksa dengan 823 di antaranya memenuhi tahap kebersihan.
Selain itu, 59 pasukan pemantau dengan 249 pegawai kesihatan telah ditugaskan untuk memantau dan menguatkuasakan peraturan kebersihan makanan.
Sumber: Bernama

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut