DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
YDH ACP Sazalee bin Hj Adam, Ketua Polis Daerah Barat Daya meluangkan masa hadir ke Program Singgah Sahur bersama anggota Balai Polis Teluk Bahang. Program dimulakan sedikit tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Zahir bin Rosli sebelum menikmati juadah sahur di Perkarangan Balai Polis Teluk Bahang dan diakhiri dengan solat subuh berjemaah di Masjid Jamek Teluk Bahang.
Turut hadir Encik Haji Zuki bin Hassan, Pengerusi Masjid Jamek Teluk Bahang dan Tuan Haji Raja Mohamad Izan bin Raja Yusof, Timbalan Pengerusi Masjid Jamek Teluk Bahang.
Sumber : Ibu pejabat Polis Daerah Barat DayaΒ https://www.facebook.com/profile.php?id=100064454751484