DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang, telah melaksanakan penguatkuasaan terhadap kenderaan perdagangan yang membawa lebih muatan melebihi had dibenarkan dan pelbagai kesalahan teknikal.
Penguatkuasaan ini bertujuan bagi memastikan pemandu dan pengusaha kenderaan perdagangan ini mematuhi peraturan dan undang- undang yang berkuatkuasa di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 ( Akta 333 ) dan Kaedah-Kaedah dibawahnya serta Akta Pengangkutan Awam Darat APAD 2010 ( Akta 715 ).
Sebanyak 13 buah kenderaan barangan dikenakan tindakan atas kesalahan membawa lebih muatan, kesalahan lain dikesan LKM tamat tempoh, disk puspakom tamat tempoh, tiada lesen GDL, tidak tutup muatan, guna telefon bimbit semasa memandu, serta kesalahan teknikal tayar haus berlebihan, tiada pembalik cahaya, lampu brek dan isyarat tidak berfungsi, ubah suai kenderaan dan tidak selenggara kenderaan dengan baik.
Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinangย https://www.facebook.com/JPJPulauPinang