RNR SEMENTARA AKAN DIBINA DI LEBUHRAYA LINGKARAN TENGAH UTARA – WAN ROSDY

LIPIS: Beberapa hentian Rehat dan Rawat (R&R) sementara akan dibina di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU), dekat sini yang dijangka siap seminggu sebelum Aidilfitri tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, peruntukan sebanyak RM2.5 juta disediakan untuk membina hentian sementara itu di beberapa lokasi yang dikenal pasti di laluan LTU.

“Pembinaan R&R sementara itu bakal memberi kemudahan untuk pengguna laluan berkenaan yang akan pulang berhari raya berehat,” katanya kepada media selepas Program Program Gerak Rahmah Jom Masak Bubur Lambuk Peringkat Negeri Pahang di Dataran Santuari , Kampung Tanjung Gahai, dekat sini, semalam.

Beliau berkata, pembinaan itu yang susulan aduan daripada pengguna berhubung ketiadaan lokasi sesuai untuk berhenti rehat sepanjang laluan berkenaan.

SUMBER: BH

Artikel/Berita Terkini

CAWAN DAH BERKARAT DAN SUMBING, TOLONGLAH TUKAR

Konsep kedai boleh klasik. Cawan untuk pelanggan tetap kena elok. Dalam gambar ini, kelihatan beberapa bahagian salutan sudah tertanggal.  Jika …

HANYUT DALAM ‘RIZZ’, KARAM DALAM ‘SLANG’: TRAGEDI BANGSA YANG HILANG LIDAH

Bahasa Melayu tidak mati kerana diharamkan, tetapi ia sedang dibunuh perlahan-lahan oleh pemiliknya sendiri. Hari ini, kita mendongak megah mendakwa …

ETIKA BATUK DAN BERSIN YANG SELAMAT

Selain kelihatan sopan, etika batuk dan  bersin adalah cara selamat untuk menguruskan gejala dalam masa yang sama melindungi orang sekeliling …