PGA RAMPAS RM4.57 JUTA MAKANAN SEJUK BEKU, TAHAN 16 INDIVIDU DI SABAH

Gambar Facebook Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM

KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan AM (PGA) menahan 16 individu termasuk empat wanita dan merampas lebih RM4.57 juta barangan sejuk beku dalam beberapa serbuan Ops Taring Chiller di premis mengedar makanan tanpa permit, di tujuh daerah di Sabah, Jumaat lepas.

Komander PGA Briged Sabah Datuk SAC Abdul Rani Alias berkata kesemua mereka yang berumur 19 hingga 63 tahun merupakan pekerja dan pemilik premis di Kota Kinabalu, Penampang, Lahad Datu, Keningau, Sandakan, Semporna dan Tawau.

Beliau berkata 76 pegawai dan anggota polis serta pegawai veterinar terlibat dalam operasi yang bermula kira-kira 10 pagi itu.

“Premis berkenaan dipercayai menjalankan aktiviti mengedar makanan sejuk beku tanpa permit, di samping tidak mematuhi sepenuhnya syarat yang dikenakan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah dan Kementerian Kesihatan.

“Antara yang dirampas ialah pelbagai jenis daging, ayam, itik, lembu serta produk sejuk beku lain, dengan jumlah keseluruhan dianggarkan RM4.57 juta, ” katanya ketika dihubungi BERNAMA di sini hari ini.

Abdul Rani berkata kes itu di siasat di bawah Seksyen 15(1) Enakmen Haiwan Sabah 2015, Akta Makanan 1983, Peraturan 38 (1)(g), dan Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …