TAK KESAMPAIAN SELUDUP KELAPA RM1.2 JUTA

Pada 7 Mac 2025 (Jumaat), Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara, berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan kelapa yang dikesan pada jam 10.30 malam.

Tindakan ini berlaku semasa menjalankan tugas dalam Op Taring WAWASAN Kelantan di Pengkalan Kubor, apabila 3 lelaki disyaki menyeludup kelapa ditahan di Stor Pengkalan Haram, Jalan Kasban.

Hasil pemeriksaan, hampir 42,700 biji kelapa ditemui dalam sebuah treler yang dipercayai untuk diseludup ke Thailand.

Ketiga-tiga lelaki berumur antara 22 hingga 38 tahun dipercayai bertindak sebagai penghantar.

Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM 1.2 juta, termasuk kenderaan.

Kes disiasat di bawah Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965 (FAMA).

Semua suspek dan barang rampasan dibawa ke Komtak PGA Pengkalan Kubor untuk tindakan lanjut.

 

Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …