PERPADUAN, KESTABILAN POLITIK PENTING UNTUK MAJUKAN SABAH

MESRA: Hajiji beramah mesra dengan sebahagian penduduk yang hadir sempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua Menteri di Pekarangan Masjid Jamek, Kampung Taun Gusi, Kota Belud.

KOTA BELUD: Perpaduan dan kestabilan politik perlu terus dikekalkan kerana ia mampu membawa lebih kemajuan di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, banyak kejayaan dan inisiatif yang dibuat oleh kerajaan hari ini yang tidak pernah dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini.

“Tiada siapa boleh menafikan bahawa sejak kita mengambil alih kerajaan, banyak kejayaan kita capai dari pelbagai inisiatif yang dilaksanakan yang tidak pernah dibuat kerajaan sebelum ini.

“Daripada aspek ekonomi hinggalah kepada kesejahteraan rakyat dan pendidikan, banyak yang kita sudah buat. Malah, dasar mesra pelabur turut mewujukan beribu-ribu peluang pekerjaan.

“Sehubungan itu, jika ada perpaduan dan kestabilan politik, kita dapat memajukan negeri ini,” katanya ketika berucap sempena Majlis Berbuka Puasa bersama Ketua Menteri di Pekarangan Masjid Jamek Kampung Taun Gusi, di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau melihat kepentingan dalam perpaduan kerana majlis berkenaan bukan hanya dihadiri masyarakat Bajausama atau yang beragama Islam, tetapi turut dihadiri masyarakat lain termasuk ketua-ketua gereja di Kota Belud.

Hajiji berkata, kejayaan dan pelbagai inisiatif yang dilaksanakan kerajaan itu perlu terus diuar-uarkan agar lebih ramai rakyat di peringkat akar umbi tahu usaha yang dibuat kerajaan.

“Saya mahu cakap ini (kejayaan hasil inisiatif kerajaan) kerana mungkin ada yang tidak maklum dengan usaha-usaha kita. Ini kerana pembangkang sangat suka memfitnah dan cakap kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) gagal,” katanya.

Pada majlis itu, beliau turut melakukan gimik pelancaran Geran Program Perkhidmatan Tanah Adat Negeri Sabah (PANTAS) Mukim Rosok dan Mukim Keguraan serta menyerahkan geran tanah kepada 55 penerima di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk.

Sebanyak 16 kampung yang terlibat dalam menerima geran ini dengan jumlah keseluruhan kawasan tanah seluas 1,559.8165 hektar bersamaan 3854.39 ekar.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut