Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Kelantan telah menahan 16 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan pada 3 dan 4 Mac 2025 di sekitar Tanah Merah dan Jeli.
Operasi tersebut melibatkan 16 pegawai Imigresen dan memeriksa rumah kongsi di Kilang Papan Batang Merbau dan ZG Timber.
Mereka yang ditahan terdiri daripada 11 lelaki, 2 wanita dan 4 kanak-kanak warga Indonesia.
Semua yang ditahan disyaki melanggar Akta Imigresen 1959/63 dan dihantar ke Depot Imigresen Tanah Merah untuk siasatan lanjut.
JIM Kelantan juga menggesa orang ramai untuk melaporkan sebarang aktiviti PATI atau aktiviti menyalahi undang-undang.
Sumber: JIM Kelantan