Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan mercun dalam Op Taring WAWASAN Kelantan di Kampung Dendang Timur, Ketereh pada 3 Mac 2025.
Serbuan yang dilakukan pada jam 1 tengah hari menemui beberapa kotak mengandungi mercun pelbagai jenis yang disyaki diseludup dari Thailand untuk dijual di pasaran tempatan.
Nilai rampasan dianggarkan RM150,000.00.
Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan suspek serta barang rampasan dibawa ke IPD Kota Bharu untuk tindakan selanjutnya.
Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi