KERAJAAN NEGERI PRIHATIN NASIB MANGSA KEBAKARAN

PRIHATIN: Hajiji ketika melawat mangsa kebakaran terbabit di Pusat Pemindahan Sementara Mangsa Bencana di Dewan Serbaguna Likas pada Isnin.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri bersama jabatan kerajaan dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan mengadakan perbincangan lanjut bagi membantu mangsa kebakaran di Kampung Cempaka, Likas, di sini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata sebagai kerajaan yang prihatin dan peduli rakyat, nasib mangsa-mangsa kebakaran ini akan diberi perhatian, terutama pada bulan puasa ini.

Katanya, beliau berkesempatan melawat mangsa kebakaran di Kampung Cempaka, Likas dan ia adalah tanda keprihatinan kerajaan negeri kepada mereka.

“Sebagai kerajaan peduli rakyat, kita telah memberi bantuan kewangan sebanyak RM1,300 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa kebakaran iaitu RM1,000 adalah dari kerajaan negeri manakala RM300 lagi dari Kumpulan Yayasan Sabah.

“Kita berusaha memikirkan nasib mangsa-mangsa kebakaran ini dan kita faham terutama pada bulan puasa ini, mengenai ketidakselesaan dan kesusahan mereka.

Sebab itu, katanya, kerajaan bersama pihak yang berkaitan akan berusaha mencari jalan yang terbaik untuk membantu mereka seterusnya.

“Selain bantuan kewangan, kerajaan turut memberi pelbagai bantuan lain seperti gas dan dapur dari Yayasan Kebajikan Sabah dan bakul makanan dari Kumpulan Yayasan Sabah,” katanya.

SUMBANGAN: Hajiji menyampaikan sumbangan tunai dan bakul makanan ketika melawat mangsa kebakaran.

Beliau berkata demikian selepas melawat mangsa-mangsa kebakaran Kg. Cempaka, Likas, di Dewan Serbaguna Likas, semalam.

Terdahulu, seramai 511 orang mangsa daripada 91 keluarga kehilangan tempat tinggal dalam kejadian kebakaran di Kampung Cempaka, Likas pada Sabtu lepas.

Sementara itu, sebanyak dua pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka iaitu di PPS Likas yang menempatkan seramai 34 KIR membabitkan 200 penduduk, manakala PPS Damai seramai 57 KIR dan 311 penduduk.

Pelbagai lagi pihak turut membantu memberi bantuan makanan antaranya Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM).

Mangsa kebakaran juga telah menerima bantuan awal sebaik sahaja berdaftar di PPS iaitu bantuan bakul makanan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, pek makanan retort dan makan minum daripada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am.

RAMAH MESRA: Hajiji beramah mesra dengan mangsa yang ditempatkan di PPS di Dewan Serbaguna Likas.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …