JABATAN PERIKANAN SABAH KOMITED PERKASA PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG

PERIKSA: Pasukan penguatkuasa menjalankan pemeriksaan dokumen terhadap kapal-kapal komersial.

TAWAU: Jabatan Perikanan Sabah terus komited dalam memperkasakan penguatkuasaan undang-undang supaya pemain industri perikanan di negeri ini mematuhi Akta Perikanan 1985.

Pengarah Perikanan Sabah, Datuk Azhar Haji Kassim berkata penguatkuasaan itu termasuklah mengambil tindakan tegas terhadap kapal komersil atau kapal tunda yang melanggar peraturan perlesenan.

Katanya, banyak aduan berhubung kapal-kapal komersial khususnya kapal-kapal tunda melanggar peraturan perlesenan iaitu berada kurang daripada tiga atau dua batu nautika dari pantai.

“Kita menerima banyak aduan mengenai kapal-kapal ini melanggar peraturan pelesenan beroperasi kurang dari tiga batu nautika atau dua batu nautika dari Pantai.

“Ini memang jelas salah dari segi peraturan perlesenan mengikut Akta Perikanan 1985 kerana kawasan-kawasan pesisir pantai ini khusus kepada nelayan tradisional,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pemeriksaan ke kapal-kapal tunda di Pelabuhan Tawau, baru-baru ini dan merasmikan Majlis Perhimpunan Penguatkuasaan 2025 di Tawau.

Menurutnya, mana-mana kapal yang didapati bersalah di bawah Akta Perikanan 1985 bagi kesalahan pertama hingga ketiga akan dikenakan kompaun.

“Manakala bagi kesalahan keempat, pemain industri akan didakwa di mahkamah termasuk menyita kapal berkenaan,” katanya.

AZHAR

Sementara itu, dalam majlis perhimpunan, Azhar mengingatkan setiap anggota penguatkuasaan perlu menjalankan tugas dengan jujur, adil dan bertanggungjawab demi memastikan kelestarian sumber perikanan untuk generasi akan datang.

Azhar turut memperkenalkan tiga inisiatif utama bagi memperkukuhkan sektor perikanan negeri termasuklah penambahbaikan seragam penguatkuasaan Jabatan Perikanan Sabah (DOFS) yang lebih moden.

“Selain itu, penambahan bot ronda dan kelengkapan operasi baharu, serta imej baharu selaras dengan Sabah Blue Economy.

“Inisiatif ini juga mencerminkan integriti tinggi melalui penampilan profesional serta komitmen terhadap tanggungjawab menjaga sumber perikanan secara telus dan Amanah,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut