10 PRODUK HASIL INOVASI UMK BANTU TINGKAT EKONOMI PENDUDUK SETEMPAT

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah menghasilkan 10 produk inovasi, lima daripadanya telah dikomersialkan, untuk membantu meningkatkan ekonomi setempat.

Naib Canselor UMK, Profesor Ts Dr Arham Abdullah, berkata universiti ini memainkan peranan penting dalam memastikan hasil penyelidikannya memberi manfaat kepada masyarakat, khususnya dalam meningkatkan sosioekonomi.

Salah satu produk terbaru adalah makanan tambahan berasaskan madu kelulut yang melibatkan penternak kecil di Jeli.

Selain itu, UMK juga menghasilkan inovasi lain seperti sistem pengeringan makanan laut tenaga solar, krim pelindung matahari dan minuman berasaskan kenaf.

UMK berhasrat untuk membawa teknologi dan penyelidikan ke pasaran global, dengan produk mereka sudah mula memasuki pasaran Brunei dan usaha untuk memasuki pasaran Indonesia.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut