RAMPASAN DADAH BERNILAI RM6.43 JUTA DI KELANTAN

Pada 23 Februari 2024, Batalion 7 PGA telah berjaya menggagalkan kegiatan pengedaran dadah di Jalan Kasban, Kelantan, ketika melakukan rondaan Op Taring WAWASAN.

Seorang suspek lelaki melarikan diri selepas dikejar oleh pihak polis, menyebabkan kenderaannya melanggar penghadang jalan.

Polis terpaksa melepaskan tembakan mengenai tayar belakang kenderaan.

Pemeriksaan menemui 200 bungkusan dadah jenis Syabu seberat lebih 200 kg, dengan nilai rampasan sekitar RM6.43 juta.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan barang rampasan serta suspek diserahkan kepada IPD Tumpat untuk tindakan lanjut.

 

Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut