LIMA PENDUDUK TERPERANGKAP BANJIR DIPINDAHKAN DI PPS

OPERASI: Pasukan bomba menjalankan operasi memindahkan semua mangsa yang terperangkap banjir.

BELURAN: Lima penduduk di Kampung Rancangan Cocos, di sini dipindahkan selepas terperangkap di rumah akibat banjir, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Edoen Macheal berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.30 pagi.

Katanya, pasukan bomba digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi memindahkan mangsa yang terperangkap di rumah akibat banjir.

“Sebaik tiba, terdapat dua individu dewasa, dua warga emas dan seorang kanak-kanak terperangkap di dalam rumah mereka.

“Semua mangsa terbabit dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di rumah pengerusi JPKK Kampung Rancangan Cocos,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Menurutnya, semua mangsa berkenaan akan berada di PPS sehingga banjir di kawasan rumah mereka surut dan selamat.

“Pemantauan terus dijalankan dari semasa ke semasa dan operasi ditamatkan pada jam 11.30 pagi,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut