22 TERMASUK ENAM WANITA DITAHAN DALAM OPS GEMPUR BERSEPADU

TAHAN: Sebahagian pesalah dadah yang ditahan dalam Ops Gempur Bersepadu yang dijalankan di Kampung Pondo Pulau Gaya.

KOTA KINABALU: Seramai 16 lelaki dan enam wanita yang terlibat dalam pelbagai kesalahan narkotik ditahan polis menerusi Ops Gempur Bersepadu yang dijalankan di Kampung Pondo Pulau Gaya Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Narkotik Siasatan Jenayah (JSJN)Sabah, Asisten Komisioner Zulkepli Hashim berkata, Ops Gempur Bersepadu kali ini ditumpukan di kawasan perkampungan setinggan atas air.

Katanya, operasi yang bermula kira-kira jam 1.00 pagi dan berakhir 1 tengahari itu memeriksa  sebanyak 45 buah rumah tidak bernombor di kawasan setinggan berkenaan.

“Seramai 60 orang diperiksa dan 22 orang daripada mereka ditahan dalam pelbagai seksyen kesalahan jenayah narkotik.

“Dua tangkapan dilakukan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dengan rampasan 51.58 gram methamphetamine,” katanya.

Tambahnya, dua tangkapan mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952 dengan rampasan 1.05 gram methamphetamine.

“12 orang ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 atas kesalahan memasukkan dadah ke dalam badan.

“Turut ditahan enam orang warga asing yang tinggal di negara ini tanpa permit yang sah mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963,” katanya.

Zulkepli berkata, operasi itu berjaya dilakukan walaupun terdapat kebocoran maklumat membabitkan tiga suspek utama yang sudah melarikan diri.

Katanya, kebocoran maklumat itu menyatakan pihak narkotik akan membuat operasi di  perkampungan atas air itu menerusi hantaran mesej peti suara Whatsapp dalam telefon bimbit salah seorang suspek yang ditahan mengikut Seksyen 12(2)ADB 1952.

Beliau berkata, hasil keseluruhan operasi dan tahap ancaman keselamatan pada tahap rendah.

“Operasi berkala di kawasan perkampungan air dan setinggan ini boleh dibuat pada skala kekuatan biasa atau sederhana melibatkan semua elemen pasukan sahabat dari semasa ke semasa,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut