Pada 23 Februari 2025 (Ahad), Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara berjaya menggagalkan kegiatan penyeludupan tanaman hiasan di SJR Lalang Pepuyu, Tanah Merah, pada jam 7 pagi.
Mereka telah menahan sebuah lori yang mencurigakan semasa menjalankan tugas Op Taring WAWASAN Kelantan.
Pemeriksaan mendapati lebih 2000 anak pokok bunga Ros yang dipercayai diseludup dari Thailand di dalam lori tersebut.
Tanaman ini disyaki mengandungi serangga perosak dan penyakit.
Suspek, seorang lelaki Melayu berumur 24 tahun, dipercayai bertanggungjawab menghantar tanaman tersebut ke pasaran tempatan.
Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM 650,000.00 dan kes ini disiasat di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167) Seksyen 5.
Suspek dan barang rampasan telah dibawa ke Komtak Taman Bakti Rantau Panjang untuk tindakan lanjut.
Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU
Maklumat Lanjut
ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?
Maklumat Lanjut