Ensefalitis ialah keradangan di otak. Kadangkala ensefalitis dapat disebabkan oleh jangkitan bakteria, seperti meningitis, atau komplikasi dari penyakit lain seperti penyakit anjing gila (disebabkan oleh virus) atau sifilis (disebabkan oleh bakteria). Penyakit parasit dan protozoa seperti toksoplasmosis,malaria, atau meningoensefalitis ameba utama, juga dapat menyebabkan ensefalitis pada orang yang sistem kekebalan tubuhnya kurang.
Penyakit autoimun serta ubat-ubatan tertentu juga boleh menyebabkan ensefalitis. Kerosakan otak terjadi disebabkan otak terdorong terhadap tengkorak dan menyebabkan kematian
Sesiapa sahaja boleh terkena ensefalitis, tanpa mengira umur, atau jantina. Jadi segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala akut kerana ia boleh menyebabkan komplikasi jangka panjang.
Sesetengah kumpulan virus penyebab ensefalitis juga boleh dicegah dengan vaksinasi seperti MMR, Japanese encephalitis dan rabies.Kawalan vektor seperti nyamuk juga dapat mengelakkan jangkitan.
Sumber : Kementerian Kesihatan