WARGA ASING ANTARA DITAHAN SELEWENG DIESEL BERNILAI HAMPIR RM150,000

Pada Isnin 17 Februari 2025 lalu, empat lelaki, termasuk seorang warga Indonesia, ditahan kerana disyaki menyeleweng lebih 15,000 liter diesel yang dipercayai digunakan untuk aktiviti perlombongan bijih besi haram di Kampung Pasir Era, Kuala Nal, Kuala Krai.

Serbuan dilakukan oleh KPDN bersama Pasukan Polis Marin Wilayah 3 Pengkalan Kubur selepas mengesan sebuah lori tangki membawa diesel masuk ke tapak perlombongan haram.

Empat individu yang ditahan terdiri daripada pemborong diesel berlesen, anaknya, pekerja lombong warga Indonesia dan pemandu lori.

Rampasan diesel dianggarkan bernilai hampir RM150,000.00.

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 atas kesalahan menyimpan barang kawalan tanpa lesen sah.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut