RM2.13 JUTA KELAPA DISYAKI UNTUK DISELUDUP KE THAILAND DIRAMPAS

Pada 17 Februari 2025, Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan kelapa di Stor Che Soh, Kampung Pulau Ular, Tumpat, dengan menahan 5 lelaki dan 2 buah treler yang disyaki menyeludup kelapa pada jam 12.30 tengah hari.

Pemeriksaan mendapati hampir 88 ribu biji kelapa ditemui tanpa dokumen atau lesen sah, dipercayai untuk diseludup ke Thailand.

Suspek yang berusia antara 26 hingga 43 tahun dipercayai menjadi penghantar kelapa tersebut.

Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM2.13 juta, termasuk kenderaan dan kes disiasat di bawah Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965.

 

Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut