LELAKI DISYAKI CUBA SELEWENG DIESEL SUBSIDI DITAHAN

TANGKAP: Suspek dan semua minyak diesel berkenaan dibawa ke Markas Operasi PPM Lahad Datu untuk tindakan lanjut

LAHAD DATU: Seorang lelaki ditahan selepas disyaki terbabit dalam penyelewengan minyak diesel di Jalan Dam, di sini, semalam.

Suspek berusia 31 tahun yang sedang memandu pacuan empat roda ditahan sepasukan pegawai dan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu, pada 3.45 petang.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Mohd Nazri Ibrahim berkata, sebelum itu pihaknya menerima maklumat risikan mengenai kegiatan itu.

Katanya, hasil pemeriksaan menemukan 17 tong warna kuning yang berisi minyak diesel di ruang belakang kenderaan berkenaan.

“Minyak diesel bersubsidi itu dipercayai cuba diselewengkan namun berjaya dikesan oleh PPM Lahad Datu.

“Suspek ditahan dan barang kes dirampas kerana melakukan kesalahan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan berjumlah RM101,253.75.

“Orang awam dialu-alukan untuk menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi.

“Langkah ini dalam usaha membanteras aktiviti haram ini daripada berleluasa,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut