POLIS RAMPAS DADAH RM1.3 JUTA, TAHAN LAPAN INDIVIDU

Polis membongkar kegiatan sindiket pengedaran dadah dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM1.3 juta dalam empat serbuan di sekitar daerah ini, minggu lalu.

Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, lapan individu termasuk dua wanita turut ditahan pada Khamis lalu. Tujuh daripadanya adalah warga tempatan manakala seorang adalah warga Singapura yang berusia lingkungan 29 hingga 68 tahun.

Hasil daripada serbuan dilakukan, telah merampas syabu anggaran berat 33,974.07 gram, kokain anggaran berat 748.23 gram dan pil yaba(16 biji) anggaran berat 6.87 gram. Jumlah keseluruhan nilai rampasan adalah RM1.3 juta dan tindakan telah diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.

Hasil serbuan turut menyita empat kenderaan, wang tunai RM3,920 dan pelbagai jenis barang kemas dan jam tangan bernilai RM188,068.80. Barangan tersebut disyaki hasil daripada aktiviti haram yang kesemuanya berjumlah RM788,579.80.

Hasil ujian saringan awal air kencing ke atas kesemua suspek didapati, enam lelaki positif dadah jenis Methamphetamine manakala dua perempuan negatif. Semakan rekod lampau mendapati, empat daripada suspek tersebut mempunyai pelbagai rekod atas kesalahan dadah dan jenayah.

Kesemua suspek direman tujuh hari bermula 7 Februari hingga 13 Februari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B, 39A(2) dan Sesyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut