𝗖𝗨𝗕𝗔𝗔𝗡 𝗖𝗨𝗥𝗜 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗦𝗔𝗪𝗔𝗧

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Polis Daerah Barat Daya telah menahan seorang lelaki berusia 52 tahun bukan warganegara yang disyaki terlibat dalam cubaan mencuri di dalam pesawat dalam penerbangan dari Subang ke Pulau Pinang.

Kejadian berlaku sekitar jam 12:00 tengah hari, apabila seorang penumpang mendapati individu tidak dikenali sedang membuka bagasinya. Pengadu segera memaklumkan perkara tersebut kepada kru penerbangan sebelum membuat laporan polis di Balai Polis LTAB Bayan Lepas.

Hasil siasatan mendapati tiada barang berharga yang hilang, namun suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut. Suspek akan direman di Mahkamah Balik Pulau bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan.

PDRM menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan barangan peribadi, terutamanya ketika berada di tempat awam atau dalam pengangkutan awam.

Sumber : Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya https://www.facebook.com/profile.php?id=100064454751484

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut