WARGA ASING DITAHAN BAWA ROKOK SELUDUP RM425,400

RAMPAS: Rampasan kotak berisi rokok yang dipercayai diseludup masuk untuk pasaran tempatan.

 KOTA KINABALU: Cubaan seorang lelaki warga asing disyaki mengedar dan menjual pelbagai rokok seludup gagal selepas ditahan semasa memandu sebuah kenderaan di Jalan Taman Limauan, Kinarut, di sini.

Suspek berusia 29 tahun yang juga warga Pakistan itu ditahan ketika berada di dalam kenderaan kenderaan pelbagai guna (MPV) yang membawa rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM425,400.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohd Nazri Ibrahim berkata, operasi yang dijalankan pada jam 12.50 tengah hari itu hasil maklumat pasukan Unit Risikan Marin (URM).

Katanya, pasukan operasi berjaya menahan seorang lelaki warga Pakistan bersama sebuah kereta jenis MPV di lokasi.

“Hasil pemeriksaan menemukan timbunan kotak berisi rokok yang dipercayai diseludup masuk untuk pasaran tempatan.

“Semua rokok berkenaan yang dianggarkan bernilai keseluruhan RM425,400 berdasarkan harga pasaran semasa terus dirampas untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Nazri berkata, suspek dan semua barang rampasan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 135(1)(D) Akta Kastam 1967.

Sehubungan itu, Mohd Nazri mengalu-alukan orang ramai supaya sentiasa menyalurkan maklumat dalam usaha membanteras kegiatan penyeludupan ini daripada berleluasa.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …