OPS SAPU & OPS SELERA: 14 PATI DITAHAN DI TERENGGANU

๐“๐„๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐๐”, ๐Ÿ๐Ÿ ๐…๐ž๐›๐ซ๐ฎ๐š๐ซ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ โ€“ Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Terengganu telah melaksanakan operasi penguatkuasaan Ops Sapu dan Ops Selera di sekitar Kuala Terengganu, Kuala Nerus, dan Hulu Terengganu. Operasi bermula pada jam 8.00 malam 10 Februari 2025 hingga 6 pagi 11 Februari 2025 dan dikendalikan oleh sepasukan pegawai dari Bahagian Penguatkuasaan JIM Terengganu. Sebanyak enam premis diperiksa dalam operasi ini, melibatkan pemeriksaan terhadap 48 individu yang terdiri daripada warga asing.
Hasil pemeriksaan, seramai 14 pendatang asing tanpa izin (PATI) berusia antara 4 hingga 35 tahun telah ditahan, termasuk 11 lelaki, seorang wanita, serta dua kanak-kanak. Mereka terdiri daripada dua warga Bangladesh dan 12 warga Indonesia.
Antara lokasi yang mencatatkan tangkapan adalah sebuah rumah pekerja peladang di Kampung Pelam, Telemong, Hulu Terengganu (3 warga Indonesia), sebuah rumah di Kampung Hulu Sat, Kuala Berang (2 warga Bangladesh dan 2 warga Indonesia), rumah pekerja di Felda Bukit Kesing 1, Kuala Berang (2 warga Indonesia), serta sebuah rumah di Kampung Lebak, Sekayu, Kuala Berang (5 warga Indonesia termasuk dua kanak-kanak).
Kesemua tahanan telah dibawa ke Depot Imigresen Ajil untuk siasatan lanjut. Mereka disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan Seksyen 15(1)(c) akta yang sama kerana tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda, hukuman penjara, atau tindakan pengusiran.
Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu akan terus memperhebat operasi penguatkuasaan bagi membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin dan memastikan pematuhan undang-undang imigresen. Orang ramai digalakkan untuk menyalurkan maklumat bagi membantu pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya.
Sumber: JIM Terengganu

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.ย  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR ย KOTA KINABALU: Sindiket โ€˜bomoh Cinaโ€™ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …