3,000 ANAK POKOK DURIAN BLACKTHORN BERNILAI HAMPIR RM 1 JUTA DIRAMPAS PGA DI KELANTAN

Pada 9 Februari 2025, Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menggagalkan penyeludupan 3,000 anak pokok durian jenis duri hitam (black thorn) dalam operasi Op Taring WAWASAN Kelantan di Rantau Panjang.

Lori yang dipandu seorang lelaki berusia 44 tahun ditahan di Kampung Parit AirΒ dan pokok-pokok tersebut dipercayai diseludup dari Thailand.

Tanaman itu disyaki membawa serangga perosak dan penyakit.

Nilai rampasan dianggarkan RM900,000 dan kes disiasat di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976.

Suspek dan barang rampasan dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan lanjut.

 

Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut