PERPADUAN KAUM TERAS KESELAMATAN NEGARA

RAWANG, 9 Feb (MalaysiaAktif) – Pengarah Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Selangor Faizatul Aini Mohd Adnan, berkata ikatan perpaduan kaum adalah teras penting kepada keselamatan negara.

Faizatul Aini Mohd Adnan berucap ketika Program Semarak MADANI Tahun Baru Cina 2025, di Gelanggang Bola Keranjang, Kg. Dato’ Lee Kim Sai, di sini hari ini.

Katanya, negara kita yang berbilang kaum ini sering berhadapan dengan pelbagai cabaran baik dari segi sosial, ekonomi dan keselamatan.

“Harus diingat keselamatan negara bukan hanya terletak di bahu pihak berkuasa semata-mata tetapi tanggungjawab semua rakyat Malaysia.

“Justeru, sambutan program perayaan ini mengingatkan kita pentingnya kesatuan rakyat dalam mengekalkan ikatan perpaduan kaum demi kehidupan yang terus aman dan stabil,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Semarak MADANI Tahun Baru Cina 2025 anjuran MKN Selangor di Gelanggang Bola Keranjang, Kampung Dato’ Lee Kim Sai, di sini hari ini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Chua Wei Kiat dan Pegawai Daerah Gombak, Nor Azlina Abd Aziz.

Sementara itu, Wei Kiat, berkata program seperti ini diharapkan dapat menyuburkan semangat perpaduan dalam masyarakat yang pelbagai kaum, berbeza agama dan budaya.

“Saya akan terus berusaha menyokong program-program seperti ini di peringkat kawasan mahupun negeri bagi meneruskan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

 

Artikel/Berita Terkini

PERANCANGAN STRATEGIK PERKUKUH PRESTASI SYARIKAT

ALBUM: Mohd Ishak merakamkan gambar kenangan bersama Faez dan Catherine serta pihak pengurusan AHSB sempena pertemuan itu. KOTA KINABALU: Pembantu …

PESAWAT TUDM HANTAR BANTUAN MAKANAN KE KAMPUNG SUMAMBU

BANTUAN: Bekalan bantuan makanan dimasukkan ke dalam pesawat helikopter AW139 TUDM untuk dihantar ke Kampung Sumambu, Kemabong. TENOM: Bantuan makanan …

INISIATIF PENDIDIKAN PERKUKUH KOMITMEN KERAJAAN BANTU PELAJAR SABAH

SENTOSA: Hajiji dan jemputan lain bergambar bersama para penerima Bantuan Sumbangan Mahasiswa Pengajian Tinggi Dalam Negeri (SENTOSA) dan Bantuan Anugerah …