KPDN KELANTAN TUMPASKAN CUBAAN SELEWENG PETROL

Kementerian Perdagangan dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan berjaya menumpaskan cubaan menyeleweng 325 liter petrol bernilai hampir RM10,000.00 dalam serbuan di pengkalan haram Simpangan Jalan Kasban, Pengkalan Kubor, Tumpat pada 8 Februari lalu.

Serbuan dilakukan oleh pasukan Ops Bersepadu bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Pengkalan Kubor sekitar jam 11.30 malam.

Dalam operasi ini, dua kenderaan jenis Proton Iswara dan Proton Wira dirampas bersama beberapa tong jerikin yang dipercayai digunakan untuk kegiatan penyeludupan.

Kes ini disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

 

Sumber: KPDN Kelantan

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut