JUALAN RAHMAH MADANI NEGERI SEMBILAN REKOD RM51.2 JUTA TAHUN LALU

Program Jualan Rahmah Madani Negeri Sembilan mencatatkan nilai jualan mencecah RM51.2 juta tahun lalu berbanding tahun sebelumnya RM12 juta.

Menurut Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, S Veerapan, ia membabitkan 880 pelaksanaan program dalam 47 siri dengan 582 program dalam premis, 238 program bergerak dan bakinya iaitu 60 program dilaksanakan menerusi program terbuka.

Pada tahun 2024, kerajaan telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM11.4 juta yang telah membantu lebih satu juta orang penduduk Negeri Sembilan, dengan jumlah jualan mencecah RM51.2 juta.

Kejayaan ini jelas membuktikan bahawa program Jualan Rahmah Madani mendapat sambutan baik daripada pemain industri, sekali gus membantu mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat. ย Dalam pada itu, mengenai Jualan Rahmah Madani Kembali ke Sekolah, menurut Veerapan, ia memasuki tahun kedua pelaksanaannya dan diperluaskan dengan konsep mini karnival.

Program ini mendapat penyertaan yang menggalakkan daripada 21 pasar raya dan kedai di seluruh Negeri Sembilan, merangkumi lapan kawasan Parlimen. Antara pasar raya yang menyertai program ini termasuk Giant Kuala Pilah, Best Fresh Mart, Gedung Tekstil Deen Faizal, Mahkota Ilmu One Stop, Mydin Hypermarket, Ten Ten, Gedung Fesyen CY dan Pasar raya Sakan.

Melalui program ini, dianggarkan seramai 111,386 pelajar sekolah rendah dan 88,381 pelajar sekolah menengah di Negeri Sembilan akan menerima manfaat secara langsung.

Sementara itu, peniaga, Mohd Firdaus Ahmad Hussain, 38 berkata, menyambut baik usaha KPDN itu berikutan ramai ibu bapa dapat berjimat selain mampu menyediakan kelengkapan anak-anak dengan sebaiknya. Tawaran harga pula memang murah dengan pengurangan harga 30 peratus daripada harga pasaran semasa, setidaknya mereka dapat mengurangkan kos lain.

Senada dengan itu, pembantu Tabika Kemas, Noraida Abdul Rahman, 43 berkata, mini karnival itu wajar diteruskan setiap tahun susulan ia dapat membantu meringankan kos sara hidup selain menawarkan keperluan sekolah yang berkualiti.

Sumber:ย Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

โ€˜๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ: ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐ƒ๐ข๐ฌ๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ขโ€™ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

โ€˜๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ: ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐ƒ๐ข๐ฌ๐š๐ง๐ญ๐ฎ๐ง๐ขโ€™ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

โ€œApabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.โ€ Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut