Fama Kelantan memberi jaminan bahawa bekalan kelapa di negeri itu mencukupi menjelang musim perayaan, termasuk Ramadan dan Aidilfitri.
Pengarah Fama Kelantan, Wan Faizatul Aniza Ismayatim, menjelaskan bahawa pihaknya kini sedang berusaha untuk menstabilkan bekalan kelapa dengan menguruskan permit dan pembekalan yang diterima dalam jumlah besar.
Sehingga akhir Januari, 10,000 kilogram kelapa telah diterima dan jumlah keseluruhan bekalan yang diperoleh adalah 30,000 kilogram.
Fama juga mengenal pasti pemborong dan pengusaha kelapa untuk dibekalkan kelapa dengan harga jualan antara RM2.80 hingga RM3 sekilogram.
Selain mendapatkan bekalan dari dalam negara, Fama turut mendapatkan bekalan kelapa dari Indonesia untuk menampung keperluan, memandangkan Kelantan tidak banyak ditanam kelapa.
Fama bekerjasama dengan Jabatan Pertanian Negeri dan memantau keperluan serta pembekalan dari setiap jajahan untuk memastikan bekalan mencukupi.
Fama juga terus memantau dan mengagihkan bekalan secara sama rata kepada negeri lain.
SUmber: Harian Metro, Berita RTM