Peniaga di Pekan Rantau Panjang memohon bantuan daripada kerajaan Persekutuan dan negeri untuk membangunkan kawasan bebas cukai tersebut bagi menarik lebih ramai pengunjung.
Tinjauan mendapati beberapa kawasan masih memerlukan penambahbaikan seperti tempat parkir, taman rekreasi dan bangunan terbiar.
Peniaga tempatan mencadangkan agar pembangunan pekan ini lebih teratur, selaras dengan matlamat menjadikan Rantau Panjang sebagai destinasi pilihan pengunjung.
Selain itu, mereka mencadangkan penganjuran acara atau program berkala untuk menarik lebih ramai pelawat dan merangsang perniagaan.
Mereka juga berharap kerjasama dengan pihak bertanggungjawab untuk mewujudkan lebih banyak kedai makan viral bagi menarik pengunjung.
Pengunjung pula mengakui perubahan suasana di pekan tersebut, namun masih terdapat banyak pilihan barangan untuk dibeli, termasuk baju, kasut, alatan dapur dan makanan dari Thailand.
Sumber: Harian Metro