8 BUAH TRELER SERTA KELAPA SELUDUP BERNILAI RM8.3 JUTA DITUMPASKAN PGA

Pada 6 Februari 2025 (Khamis), Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara, berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan kelapa di Tumpat antara jam 3 hingga 8 pagi.

Pasukan ini menahan 8 treler yang disyaki membawa muatan mencurigakan di tiga lokasi iaitu Masjid Bunohan, Pasar Pasir Pekan dan Kampung Kubang Panjang, Chabang Empat, semasa menjalankan Op Taring WAWASAN Kelantan.

Pemeriksaan mendapati hampir 317,000 biji kelapa dibawa dari Batu Pahat, Johor, tanpa dokumen pembelian yang sah.

Kelapa tersebut dipercayai untuk diseludup masuk ke Thailand melalui pengkalan haram.

Seramai 13 orang, termasuk pemandu dan kelindan lelaki berumur antara 19 hingga 70 tahun, dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan ini.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan sebanyak RM8.3 juta, termasuk nilai kenderaan. Kes ini disiasat di bawah Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965 (FAMA).

Kesemua suspek dan barang rampasan dibawa ke Komtak PGA Pengkalan Kubor untuk tindakan lanjut.

 

Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut